.: being one of them :.

Friday, August 29, 2014

Fitness Tips for beginner

huh! hah! huh! hah! /sweat /sweat /sweat

Eh! Dah lama ke kat sini??? Maaflah, sara tak perasan... /blush Penat berlari tadi... (yeah, jari yang berlari di atas papan kekunci /dignose )

Okay, sangat poyo... Baiklah, untuk entri kali ni, dalam bahasa melayu yang di campur adukkan sedikit bahasa inggeris (yelah, bakal menduduki MUET lah katanya ye tak /floor ), akan banyak berkisar tentang kecergasan atau lebih glam dipanggil sebagai FITNESS
Keep fit, Keep smiling... :D



Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah... Itu ayat keramat mama yang memang takkan sara boleh lupa sampai bila-bila... Jadi, bila badan dah mula menunjukkan tanda berkampungnya lemak-lemak yang tidak diundang, jarum timbang ataupun angka timbang berat badan dah mula meningkat, perlulah kita mengangkat punggung dan bersenam... :D

Tetapi, yang menjadi bebanan yang maha berat adalah, GODAAN... /please

Jadi, sara nak berkongsi tips yang agak menarik dan sara sendiri telah cuba dalan entri kali ni... /nobigdeal

1. Sedar diri dan Sasaran

Maksud sara kat sini bukanlah sebab korang koma atau pun pengsan atau berlagak atau apa-apalah. Tapi, korang perlu ada kesedaran diri sendiri dan kemahuan diri sendiri untuk berubah. Bukan apa, lebih kuat azam berubah untuk diri sendiri sebab godaan ada di mana-mana sahaja. Dan bila dah ada kesedaran, buatlah satu sasaran atau 'target' sebaik-baiknya. Bagi mereka yang mudah putus asa, janganlah letak sasaran yang sukar dicapai. Cukuplah sekadar yang mampu. Tetapi, kalau nak mencabar diri sendiri apa salahnya. /nobigdeal

2. Plan and Do It! (Rancang dan Buat!)

'Target' dah ada, tunggu apa lagi. Mulakan latihan senaman yang ringan-ringan dahulu. Jangan terlalu gelojoh. Takut badan korang 'terkejut' ( /shock ) je. Melainkan badan korang dah 'biasa' dan lali dengan perkara tiba-tiba (contoh macam tiba-tiba berlari pecut, ketuk-ketampi, push-up sebab kena denda, mana ada masa nak buat 'warming up' bila kena denda /hmm ). Bila dah buat pulak, kenalah istiqamah atau pun konsisten. Kalau sehari je buat, tak menjadi jugakkan. /nobigdeal



3. Dietary and Supplement (Pemakanan dan Tambahan)

Tak semestinya kita dah bersenam kita tak perlu jaga pemakanan kita. Ikut gaya pemakanan individu masing-masing. Kalau rajin dan lebih bagus jika korang pergi rujuk pada doktor di mana-mana hospital untuk gaya pemakanan yang sihat untuk diri korang. Tetapi, kebiasaanya, kurangkan makanan segera dan lebihkan sayur dan juga buah-buahan (so cliche... mana-mana nasihat akan cakap benda ni jugak /hmm ). Bagi yang ada rezeki lebih, tak salah untuk ambil supplement, tetapi kalau boleh janganlah yang berbentuk pil sebab takut masalah lain pula timbul di kemudian hari)

4. Lifestyle (Gaya Hidup)

Haaa... Bagi yang merokok, ehem! Kurang-kurangkanlah. Pada mereka yang suka tidur lambat dan bangun awal dek kerana ke kelas (bagi pelajar macam sara) atau ke tempat kerja, ubahlah. Kalau boleh, seimbangkan gaya hidup kita. Paling penting, bila dah bersenam, rehat juga perlu cukup untuk badan kita (bagaikan menepuk air didulang ye sara /blush ).

Jangan sampai macam ni pulak ye... =))


5. Motivate (Motivasi)

Manusia, tiada yang sempurna. Godaan, halangan pasti akan ada. Tetapi, bagi mereka yang kurang kental sikit semangatnya (macam sara /blush ), motivasi lah yang menjadi pendorong kita terus gagah untuk mencapai apa yang kita inginkan. Motivasi ni bukannya kita perlu ke kem motivasi atau buat temu janji dengan pakar motivasi terkenal untuk dapatkan motivasi, tetapi carilah sesuatu yang boleh menjadi pembakar semangat kita di kala kita hilang arah dan putus asa. Contohnya, baju/seluar yang kita idam-idamkan untuk kita pakai bila kita dah dapat berat yang kita inginkan,  'training partner', orang yang tersayang, dan bla bla bla... (Blogspot.com have to filter this sentence because of report from others that being threaten by crossed eyes) =))



Salam Dumbell buat semua,
Photobucket

No comments:

Post a Comment