.: being one of them :.

Thursday, June 18, 2015

Idea-logiC

Warta dunia.

Salam sejahtera. Hari ini dunia telah digemparkan dengan kejadian kemalangan yang berlaku di Malaysia dimana berlaku letupan secara serentak di tiga kawasan yang padat dengan penduduk dan orang awam. Tiga kawasan terbabit adalah Ukay Bistari, Ampang serta Sri Andalas dan Kampung Batu 4, Klang. Hasil dari siasatan polis dan juga pihak bomba yang bertugas, punca kejadian dikenal pasti adalah dari sebuah rumah di ketiga-tiga kawasan yang disyaki pemiliknya adalah tentera militan dan bermotifkan pemberontakan.

Namun demikian, setelah disoal siasat secara terperinci, ketiga-tiga pemilik rumah keluarga terbabit hanya memiliki anak masing-masing dimana merupakan anggota wataniah dari Rejimen 514 AW dan telah disahkan oleh pegawai rejimen terbabit. Punca sebenar kejadian letupan yang membabitkan kemusnahan kediaman sekitar adalah berpunca daripada kecuaian ketiga-tiga individu yang mencuba memasak satu resipi yang sama dan berkongsi melalui laman sosial Skype dalam waktu yang sama. Kerugian dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit dan ketiga-tiga individu terbabit telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sekian warta dunia jam 12. Berkongsi informasi terkini dari dunia kepada anda. 

Okay, takde niat pun kat sini nak menguar-uarkan berita palsu. Actually, cerita kat atas tu adalah berdasarkan isu didalam whatsapp group semata-mata. (lengkap dengan voice note ala-ala pembaca warta berita gitu) Isu siapa yang masuk dapur lagi hebat. Oppsss... Akan ada ruang pula nanti berkata, 'eleh, berlagak pandai masak lah tu'. Tetttt... Anda silap. Isu siapa yang masuk dapur lagi hebat bukanlah hebat dari segi kepakaran dalam memasak tetapi menjahanamkan harta benda peribadi mahupun awam. (Gulp!) Haha! Tapi itu tak bermakna kami tak pandai memasak, cuma, adakalanya tu, nasib tak menyebelahi. (But, all my friends are a great cook so don't worry or hesitate to eat their cooking)

Pendapat peribadi, sorry. Saya tak berapa suka memasak kerana ideologi. Memasak itu adalah tugas orang perempuan. Hei! Tak semestinya memasak ni tugas kaum hawa. Memasak, mengemas, membasuh, menjaga anak, menjaga rumah, tukar lampu fluorescent car porch, bla bla blaa (ehem!) tu semua tugas kaum hawa? Gardening and segala urusan luar rumah adalah tugas kaum adam, but still, kaum hawa pun minat gardening so secara tak langsung turut membantu kaum adam. Betul tak? Pada pendapat saya yang naif ini, tugas-tugas tu semua sebenarnya adalah tanggungjawab seisi rumah. Bukan hanya kaum hawa atau adam SAHAJA.

Sebagai contoh, misalannya, pasangan yang baru berkahwin. Kebanyakan wanita zaman sekarang mempunyai career dan lifestyle yang tersendiri. Si isteri yang turut sama keluar bekerja seperti si suami, dan pulang juga turut sama seperti si suami, tetapi, oleh kerana ideologi memasak dan segala-galanya tu adalah peranan dan TUGAS kaum hawa, jadi si isteri turut di bebani dengan tugas dirumah selain daripada tugas dipejabat. Tanpa memberi sedikit bantuan oleh si suami, si isteri yang hanya manusia biasa kelibut mengimbangkan kesemua beban yang dipikul namun adakala dacing juga boleh tidak berfungsi jika bebanan yang maha berat. Lebih menyayat hati apabila si suami menggunakan alasan tersebut sebagai suatu jalan untuk berkahwin lagi atau lebih kejam, penceraian.


Sorry, it just felt that the pulse as a debater during high school still strong beating in me. Haha! But I believe that people nowadays are not prejudiced like that anymore. (really?) Back to the gist. Each one of us are gifted with something that we will excel even though when you are not trying or even lifting a finger about it. So, my point is, cooking or any other 'woman's duties' is not in my expertise. I have to work really hard to excel it. (pengakuan berani mati) So, to the people out there which feeling down, gloomy because of the same reasons, please... You are my idol because you are still fighting to excel it. :D

Tuntasnya, aman harmonilah rumah tersebut jika kesemua ahlinya saling bertimbang-rasa dan bertolak-ansur antara satu sama lain. (dah macam gaya pakar motivasi pulak)

Till the next babbling and rambling,
Photobucket
unpredictable weather.

No comments:

Post a Comment